Sekiranya rakan-rakan ingin mencari komponen untuk sebarang projek electronic, biasanya kita kena merayau dan survey di Jalan Pasar. Kadang-kadang ianya tidak praktikal untuk pergi terutamanya yang duduk jauh contohnya macam Kuala selangor nak pegi KL. Minyak, tol, parking..semua mahu dibayar. Oleh yang demikian, ianya menjadikan tidak berbaloi terutama bagi memenuhi keperluan hobi dalam radio amatur. So lebih praktikal sekiranya kita membeli parts secara online di internet. Walaupun tidaklah seperti digikey, mouser mahupun radioshack di US dimana mereka mempunyai beratus ribu component, tapi di Malaysia pun tidak kurang hebatnya. Disini saya memberikan URL untuk order komponen secara online. Rakan2 boleh komen jika ada pengalaman membeli komponen secara online.
Cytron - Service sangat cepat dan harga berpatutan. Hari ni order..esok dah sampai.
RS Malaysia - belum cuba order lagi.
Farnell Newark - Belum cuba tapi harganya agak berpatutan terutama untuk membeli secara pukal/bulk.
1 ulasan:
QSL...memang banyak sumber dalam ni..alhamdulilah inilah rakan yg saya cari selama ini yang sanggup dan sudi untuk berkongsi apa jua maklumat berkaitan RF dan elektronik...terima kasih cikgu.
Nak eyeball jauh...tapi ada kesempatan insyallah...demi ilmu sampai juga kesana...
Memang benar jika nak ke jalan pasar dari sana dgn kos minyak+masa x berbaloi..lebih mudah order..apa saja cara asalkan misi tercapai itu yg penting.
Catat Ulasan