Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Ahad, 23 Mac 2008

Low cost PCB making process

Ini adalah cara bagaimana nak buat PCB bagi orang yang nak buat homebrew tapi taknak berbelanja lebih..:-). Jangan risau, hobi radio ni takde yang mahal2 asalkan taste jangan tinggi...hehhe. Disini di tunjukkan cara bagaimana untuk membuat PCB. 1. Download eagle software atau sebarang pcb layout program yang sewaktu denganya. Create schematic board yang hendak dihomebrew.


2. Buatkan PCB boardnya dengan menyusun secara manual auto auto route litar di eagle.

3. Dengan menggunakan Glossy photo paper size A4 cetakkan litar keatasnya. Ini lebih murah berbanding heat transfer film mahupun uv resist PCB. Cetakkan hanya boleh dibuat menggunakan laser printer SAHAJA.

4. Potong kertas litar tersebut dan letakkan pada copper clad board yang telah dipotong mengikut saiz yang telah ditentukan. Gunakan seterika dengan kekuatan 80% dan gosokkan kertas ke copper tersebut. Iron selama 5-10 minit.

5. Sediakan tupperware kecil dan isikan air beserta sabun. Rendamkan pcb yang masih panan ke dalamnya dan biarkan 20-30minit.

6. Setelah itu gosok dan buangkan cebisan kertas yang melekat. Tips: Koyakkan di bawah air yang mengalir perlahan. Jangan gosok terlalu kuat. Lekatan ink toner ke copper clad bergantung kepada printer yang digunakan. Gunakan HP laserjet adalah yang sebaiknya.

7. Kemaskini dan perbaiki litar dengan menggunakan etch resist pen mahupun permanent marker. Biasanya tak banyak yang nak ditouch up. Kecuali kalau nak cepat buat dan tergesa2..jadiler macam kat atas tu..:-)


8. Eching process dimulakan dengan membuat water bath air panas keatas ferric chloride. Goncangkan dan pastikan kadar corrosionnya seragam. Gunakan forcept atau ikatkan benang dan tidak menggunakan tangan seperti gambar diatas..:-)

9. Cuci litar tersebut dengan air yang banyak.

10. Lap/keringkan litar dan cuci dengan thinner bagi membuang ink toner.

11. Drilling process. Gunakan mata 0.8mm untuk semua komponen kecuali switch atau connector guna 1mm.

12. Componen population dan soldering..

Terima kasih kerana sudi membaca.

2 ulasan:

9W2PRO berkata...

Best tu...lama dah saya x etching....selalunya saya guna straight PCB untuk prototype project..dan jika berjaya baru le convert ke schematic PCB yang ideal...Memang sekarang dah ada software utk rekabentuk PCB dan mudah serta accurate berbanding kita ukur sendiri. Yg macam cikgu ibrahim buat tu memang cepat dan murah..teruskan lagi cikgu...thanks for sharing.

kakisembang berkata...

huhu, thank you sebab bagi idea ni, lama dah tak buat pcb sendiri. dulu guna pen lukis gitu saja atas board. huhu seksa. skrg ni dah ada cara mudah. rasanya dah dekat 5-6 tahun kot tak buat pcb sendiri.

Thanks cikgu!

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .