Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Rabu, 28 Mei 2008

RB-2 Rogerbeep v2 update..

Alhamdulillah, nampaknya rogerbeep versi kedua telah berjaya diabadikan. Rogerbeep ini agak canggih dan user friendly. Setelah board siap dietching semalam, pemasangan komponen dilakukan dengan sebaiknya. Oleh kerana board sangat kecil (2"X1.5") jadinya component agak padat. Kalau boleh nak buat lagi kecik supaya boleh dipasang ke dalam external mic/ptt terus...hi hi hi. Apapun kalau ada rakan yang berminat untuk mendapatkan programmed microcontroller mahupun pcb board untuk project ini boleh mengkontek saya. Gambar akan dimasukkan kemudian kerana kamera ada orang pinjam. hi hi

Selasa, 27 Mei 2008

RB-2 Rogerbeep version 2 prototype Revision B

Version terbaru roger beep untuk FM/SSB dengan penambahan seperti berikut:

  1. 5 jenis courtesy tone.
  2. Momentary switch untuk jenis tone selection.
  3. 3mm led untuk melihat microprocessor activity.
  4. Adjustable K/R morse code speed.
  5. Callsign transmit dalam CW

Apapun ianya masih diperingkat prototype. Board pun belum etching lagi. Baru beli kat jalan Pasar semalam...hi hi

Prefixs radio amatur

Bila dgr callsign pelik2 mula tertanya2 dimana negara pemancarannya. Search google dan akhirnya jumpa dengan senarai prefix radio amatur bagi seluruh dunia. So boleh dijadikan panduan yang berguna sewaktu swal atau semasa dxing. Senarai dibawah adalah yang terpaling updated.

pdf
doc

Credit to G3NPF

Ahad, 25 Mei 2008

RB-2 Rogerbeep version 2 prototype

Masih dalam ujian dan belum disiapkan. Akan diupdate jika ianya berjaya dan jika menemui kegagalan, ianya juga akan diupdatekan hihihihih.

Khamis, 22 Mei 2008

Parcel misteri lagi...


Minggu ini penuh dengan misteri. Apapun nanti kalau dah disiapkan dan dipasang barulah ditunjukkan pada rakan2 semua.

Dayton Hamvention 57th

Hamvention ke 57 baru sahaja berlalu di Dayton pada 16, 17 dan 18 Mei lalu. Alangkah bestnya kalau di Malaysia juga ada hamvention secara besar-besaran seperti itu. Apapun rakan yang ingin merasai suasana hamvention bolehlah click di sini atau melawat http://www.hamvention.org/.

Selasa, 20 Mei 2008

Parcel misteri nusantara..


Apa pulak benda dalam tu...misteri betul le!! hi hi hi

Ahad, 18 Mei 2008

Yaesu VX-8R

Bentuk kecik molek dan amat bergaya sekali jika anda memakainya. Sesiapa yang beminat bolehlah start menabung untuk model terbaru yaesu ini yang menggantikan vx-7r. Apapun antara kelebihan radio ini adalah:
  1. Tx 5W di 6m/2m/222Mhx(1.5W) dan 70cm
  2. Rx serentak V+V atau U+U
  3. Boleh rendam dalam air sedalam 3 kaki selama 30 minit.
  4. LCD paparan dot -matrik dan beresolusi tinggi.
  5. Hi-res analisa spektrum.
  6. Boleh cover/rx wideband (arap2 leh monitor SSB/CW juga)
  7. Dengar radio FM walaupun sambil QSO dengan rakan2..

Beli, beli jgn tak beli...beli, beli, jangan tak beli.. HI HI. Apapun keluarannya mungkin dalam bulan Julai nanti..Tungguuuuuuuuuu

Electronic keyer update.

Setelah selesai melakukan pemasangan komponen maka K12 telah berfungsi dengan sempurna sepertimana K10. Oleh kerana permintaan dari rakan 9W2NTO maka saya menyerahkan keyer K12 tersebut kepada beliau. Beliau juga teruja apabila keyer tersebut digabungkan dengan squeeze paddle kerana sebelum ini jari berasa sakit akibat mengetuk suis ossilator..hi hi...Begitu juga dengan keyer K10 yang telah diserahkan kepada 9W2BMD. Rakan lain jangan risau dan bermuram durja..HI HI. Terutamanya pd Pak Pendeta dan Delta Delta kerana saya akan membawakan lagi K12 dalam bilangan yang kecil untuk saya sendiri dan beberapa rakan yang berkeinginan untuk memiliki electronic CW morse keyer ini. So jika ada rakan diluar sana yang meminati dan ingin mempelajari morse code, bolehlah emailkan pada saya. Sekurang2nya dengan bantuan keyer ini ianya akan memberikan semangat untuk mempelajari CW secara berterusan.

Jumaat, 16 Mei 2008

K-PCB update K10+/K12 RevG

Size 1.15"X1" sahaja
Baru nak solder HI HI
Semalam ada sedikit kesempatan waktu so dapatlah menguji litar yang baru dibuat menggunakan eagle 5.0. Lepas balik dari saltmine dan horizontal sekejap, then terus bangun dan siapkan project tersebut. Sengaja membuat 2 variasi iaitu untuk K10+ dan K12. Litar K10+ adalah berjaya 100% dan dapat trigger ke VHF HT. K12 board (gambar diatas) masih belum disiapkan sebab dah letih...HI HI

Khamis, 15 Mei 2008

K-PCB redesign for K12 CW keyer

Bagi menyesuaikan ciri-ciri kelebihan yang ada di K12, maka saya design semula board K-PCB RevG sebelum ini. Ianya mempunya 6 input memory pushbutton serta disertakan dengan input untuk speed pot. Yang lain masih kekal.
Info terkini, mungkin K1EL akan menghasilkan K14 keyer dan PNC1 QRP transiever kit. Apapun kita tunggu announcement dari beliau dalam masa yang terdekat dan juga 'tanjaknya' berapa....hi hi hi.

KPCB RevG for K10+ or K12

Dihasilkan menggunakan Eagle 5.0. Board ini adalah untuk K10+ atau K12 keyer chip oleh K1EL. KPCB RevG adalah kit versi terkini yang lebih kompak. Cuma saya membuat beberapa modifikasi dari board yang asal antaranya supply input boleh menerima samaada bateri dan juga DC 7-12V. Input M5 juga disesuaikan bagi memenuhi keupayaan K12 yang mampu menyimpan 6 memori beserta speed pot. Insyaallah dalam minggu ni cuba buat pengujian. Rakan yang berminat untuk mendapatkan info KPCB RevG boleh lihat disini.
Ready to transfer PCB image

K-PCB kit original oleh K1EL (USD5)

Rabu, 14 Mei 2008

Eagle 5.0 now Available!!

Menggantikan version terdahulu R4.16. Tak sure apa yang ditokok tambah. Ni baru sahaja nak donload dan menguji pakai version terbaru. Ingat nak menguji dengan membuat KPCB revG. Project K10+ masih terbengkalai kerana kesibukan. Diatas permintaan rakan, saya nak mencuba untuk membuat board utk K10+ menggunakan software terbaru ini. Untuk dapatkan eagle V5.0 boleh klik disini.
Setelah mencuba beberapa ketika, terbukti version 5 adalah yang terbaik setakat ini bagi membina PCB. Tanpa berfikir panjang, dari freeware terus diupdate ke Professional edition. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan edisi profesional version 5.0 eagle boleh hubungi saya..hi hi hi

Selasa, 13 Mei 2008

Everyday Practical Electronic april 2008 pdf

Seperti yang telah dijanjikan, Everyday Practical Electronic untuk bulan April boleh dimuatturun disini:
Link1 (dah kena hacked)
Link2
Link3
Link4
Silalah infokan mana link yang masih berfungsi untuk didonload bersama..:-)

Isnin, 12 Mei 2008

'Poor man' Mono Hexbeam 10m in 1hour


Project hujung minggu. Baru sahaja menyiapkan singgle band hexbeam antenna. Hub diperbuat dari bahan buangan MIG copper 'cheek'. Spreader dari conduit telefon dan menggunakan dawai copper 22swg. Setelah dinaikkan setinggi 20' hasilnya agak memberangsangkan iaitu broad SWR reading (1.2:1 dari 28.300 - 29.200Mc). Low noise dan yang penting ianya agak ringan dan kos yang sangat murah. Apapun masih belum berjaya dx lagi dgn ant ni. hi hi

Jumaat, 9 Mei 2008

Eyeball SCS di Jalan Kebun

Disini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas usaha rakan2 lokalan kilo (Jalan Kebun) kerana kesungguhan dan komitmen menjayakan eyeball mega SCS. Secara ringkasnya eyeball hari itu sangat meriah dan sungguh mengujakan. Semoga dilain masa kita dapat bertemu lagi dan saya memohon maaf jika tak dapat berjumpa semua rakan pada malam itu. Masih ramai lagi yang belum saya temui dan bertentangan mata.

Khamis, 8 Mei 2008

Antenna and transmatch Evaluation field manual dan RAE Handbook


Kali nak berkongsikan pula satu risalah berkenaan basic antenna. Saya baru baca sikit dan sekali imbas sungguh banyak sekali ilmu yang boleh dicedok kat dalam tu. Risalah ini berharga USD15 dan setebal 142 muka surat tapi sekarang NØEW kasi free je dan kalau rakan mana yang minat...boleh donlod je disini. Dapatkan acrobat reader terlebih dahulu.

Courtesy of Erik E. Weaver, NØEW
Bagi yang ingin mengambil RAE akan datang, silah mendonlod Edisi ke4 beginner guide to Amateur Radio disini. Terima kasih pada 9w2aed yang sudi download dan buatkan mirror utk handbook ini. Untuk melawat blog beliau, bolehlah click disini.

ARRL Handbook 2008

Sesiapa berminat boleh donlod...saya belum cuba lagi..tapi rakan yang dah try pls bgtau mana link yang berfungsi...Kalau nak masuk dlm CD dan sedekah pada rakan2 lagi afdal..heheh


Link 1 (torrent)

Link 2 (Juga mengandungi GQRP SPRAT 1975-2001 dan QEX 2006 serta file2 lain)


Sebelum tu saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua rakan yang sudi melawat blog saya yang tak seberapa ni. Bukan untuk menunjuk mahupun nak membangga tapi ikhlas untuk berkongsi apa yang saya tahu (walaupun tak berapa tahu sangat pun). Saya berharap rakan2 lain pun sudi untuk berkongsi. Jangan lupa tinggalkan link atau email sewaktu meninggalkan komen di blog sy ini.

Rabu, 7 Mei 2008

CW class at MARES

Malam tadi monitor kelas CW yang diadakan oleh Mares. Tenaga pengajar adalah 9M2RI. Pengajaran sangat bersistematik dan begitu mudah memahami. Ianya sesuai bagi semua peringkat yang ingin mempelajari CW kerana kelajuan mempunyai 3 tahap iaitu 15, 12 dan 8 WPM untuk yang beginner. Malam tadi adalah first time untuk monitor disitu dimana sebelum ni sering terlupa untuk 'kunci jam'..HI. Kalau tak salah malam ni Pak Alex akan menyambung lagi sesi pembelajaran. Terima kasih pada pihak yang berkenaan terutamanya 9M2RI yang sudi membuat kelas on-air sebegini. Yang paling respect sekali ialah commitment dan kesungguhan 9M2RI dimana saya boleh mendengar bunyi jam loceng beliau berbunyi menunjukkan jam 9 malam sewaktu beliau memasuki ruangan udara bagi memulakan kelas. Long live CW..
Time : 9.00pm to 10.00pm
Freq : 147.775 @ 9M4RES
Class Session : Every Tuesday and Wednesday

Selasa, 6 Mei 2008

Chasing 10m dx..

Frust juga bila masih belum berjaya dx ni. Dok berbuih mulut membuat cq dx...hehehe. Cuma tercopy station dari bangkok iaitu E20WXA. Tapi nampaknya masih belum berjaya QSO.

Semalam berjaya work 1 station dr Hong Kong. Malangnya audio kurang menarik. BL7IN di 10m RS 35 @ Local Time 8:00PM. Tnx 4 QSO.

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .