Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Isnin, 16 Februari 2009

LPC Programmer


Nak membuat PicKit 2 programmer untuk Low Pin Count MCU 12, 14, 18 pin. Masih dalam prototype lagi.

PicKit 2 Compatible ICSP

Compact, kecil dan murah. Ianya sangat compatible dengan PicKit 2 dan kosnya pula cuma <1/3 dari kos microchip PicKit 2. Bagi yang baru nak mempelajari Pic MCU programming macam saya, mungkin ini adalah satu peralatan kemestian yang perlu ada.

Jumaat, 6 Februari 2009

Bercerita berkenaan dengan QSL card.

20dB over 9 diterima semalam di Phuket Island bersama HS0ZIQ. QSL ni telah lama saya terima dan bila terdengar CQ John, saya terus mencapai beliau bagi menanyakan samada QSL card saya sudah diterima atau belum. Saya sangat meminati QSL poscard. QSL card saya juga adalah berbentuk poskad yang homebrew. Ini adalah bagi tujuan penjimatan :-) kerana kos penghantaran menggunakan envelop agak tinggi juga terutama bagi airmail ke oversea. QSL card jenis poskad juga agak menarik kerana disitu terlekat stem sekali dan sangat cantik bagi yang meminati stem :-). Apa yang saya kurang faham ialah adakah QSL poscard ini digalakkan? Mungkin ada yang berpendapat ianya privacy so tidak wajar untuk dibuat dalam bentuk poskad. Saya pun not very sure berkenaan ini. Apapun saya akan cuba design kad QSL saya semula dengan indesign dan hantar ke percetakan menggunakan kertas yang lebih tebal i.e 230gram untuk diperbanyakkan kerana kos untuk cetak dengan color laser printer agak tinggi juga.

Selasa, 3 Februari 2009

10m beacon project


Dalam masa yang singkat, saya dan 9W2NTO akan membuat satu beacon untuk 10m band memandangkan negara kita masih belum mempunyai beacon pada 10m. Becon keyer adalah menggunakan K12 dan akan beroperasi secara continuous 24jam pada frequency sekitar 28.224Mhz dalam mode CW. Bila semuanya telah berjalan nanti ianya akan diupdatekan pada 10m beacon list wj5o.

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .