Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Selasa, 24 Jun 2008

More SSTV galore..






Semalama propagasi agak menarik juga di 20m. Dapat download beberapa gambar SSTV. Alangkah menariknya jika di Malaysia kita mempunyai net khas SSTV.

Isnin, 23 Jun 2008

20m SSTV images





Disini ada beberapa gambar yang berjaya di decode semalam. Agak seronok juga bermain SSTV ni..terutama jika band condition sangat cantik. Kalau di VHF simplex gambar memang 599. Enjoice.

Jumaat, 20 Jun 2008

Software for radio 'visual'.

Bagi yang ingin mendapatkan software dengan versi terkini untuk visual mode radio anda seperti psk, rtty, hell atau sstv.

Rabu, 18 Jun 2008

PSK31 Bills of Material


Bagi yang ingin membuat interface PSK31, sebagai memudahkan rakan-rakan, disini disertakan komponen yang diperlukan. Komponen ini boleh di order dari Farnell.

  1. FAIRCHILD SEMICONDUCTOR 4N25-M - Optocoupler DIP6 - RM1.87/pcs
    Description: OPTOCOUPLER, TRANSISTOR O/P; Channels, No. of:1; Voltage, isolation:7500V; Output type:Transistor; Current, input:60mA; Voltage, output max:30V; Case style:DIL; Temperature, operating range:-55°C to +100°C
  2. MURATA POWER SOLUTIONS DA101C Audio transformer - RM9.42/pcs
    Description: TRANSFORMER, DADT, 1.00-1.59MH; Depth, external:9.52mm; Flammability rating:UL94V-0; Length / Height, external:6.35mm; Length, pin:3.44mm; Mounting type:PCB; Pitch:10.16mm; Pitch, lead:5.08mm; Ratio, turns:1:1;
  3. AVX TAP335K016SCS tantalum capacitor - RM1.38/pcs
    Description: Tantalum Capacitor; Capacitor Type:Solid; Voltage Rating:16VDC; Capacitance:3.3uF; Capacitance Tolerance:+/- 10 %; Capacitor Terminals:Radial Leaded; ESR:6ohm; Leaded Process Compatible:Yes; Operating 54J5058

Selasa, 17 Jun 2008

PSK31 Schematic

Masih dalam pembikinan. So marilah semua rakan untuk bersama-sama mencuba digital mode ini.

Khamis, 12 Jun 2008

Next project...create PSK31 interface

Walaupun agak baru dengan PSK31 tapi terasa ingin mencuba mode ini pula di radio. Sebelum start buat apa-apa..kenalah membina soundcard interface dahulu walaupun agak teruja dengan tigertronics Signalink USB yang terbaru tu. Masih dalam kajian dan bagi rakan yang QSL berkenaan dengan PSK bolehlah comment untuk memberikan maklumat lanjut. Rasanya cuba dulu untuk membuat interface versi Rascal dan masih mencari audio transformer serta opto-coupler.

See you down the log..

Hari ini adalah hari pertama berkursus di PSPN/BTPN Perak. Selepas habis bengkel sesi malam, sempat gak masuk ke jalopy dan QSO bersama beberapa rakan lokalan ipoh pada UTC 15:25 di V99 144.490 antaranya:
  1. 9W2TOR
  2. 9W2RKM
  3. 9W2DFA
Kalau ada kesempatan insyaallah boleh eyeball. tnx fer qso

Isnin, 9 Jun 2008

RB-2 Rogerbeep v2 latest firmware..

Small enclosure - agak padat
Custom rogerbeep dengan embedded callsign
Limited edition 9W2IBR rogerbeep
Info kali ini adalah berkenaan dengan rogerbeep version 2. Firmware terbaru adalah seperti berikut:
  1. Sidetone frequency diubahkan kepada 800Hz.
  2. Callsign entry. Dengan hanya menekan satu butang, custom callsign akan di pancarkan dalam CW ke udara. Sesuai untuk memberitahu ID (PTT ID).
  3. Custom beep. Bagi yang berminat untuk mempunyai 'trademark' rogerbeep sebagai contoh bagi lokalan Tanjung Karang mempunya beep [TK] (- -.-).

Selain itu kelebihan rogerbeep ini adalah:

  1. Saiz yang kecil
  2. Mudah dipasangkan ke rig asalkan kita tahu PTT dan MIC line rig yang digunakan.
  3. 5 beeps sound (customable)
  4. Momentary switch untuk menukarkan jenis beep. Hanya perlu tekan suis untuk menukarkan beep.
  5. 3mm led untuk melihat microprocessor activity dan status.
  6. Adjustable K/R morse code speed.
  7. Beep control volume.
  8. Enable/disable beep.
  9. Minimal komponen dan bolah disiapkan dalam masa 1-2 jam sahaja.

Bagi yang meminati rogerbeep ini bolehlah mendapatkan/menempah kit atau programmed PIC dengan callsign anda sendiri dengan menghubungi brahym@gmail.com. ini bukanlah bagi tujuan komersial tapi bagi membantu rakan-rakan yang berminat. Maaf kerana saya tidak dapat memasukkan skematik lengkap dan juga source file didalam blog ini disebabkan copyright protected.

Farnell Newark Calatalogue 2008 available again for FREE


Bagi sesiapa yang ingin memiliki katalog farnell bolehlah mendapatkannya sekarang. Bolehlah digunakan untuk rujukan mahupun sebagai senarai semak berkenaan harga komponen elektronik. Agak tebal dan boleh dimiliki secara percuma disini. Saya pun baru sahaja menerima naskah dari Farnell setelah sekian lama menunggu disebabkan kehabisan stok.

Jumaat, 6 Jun 2008

K12 chip arrival dan tempahan dibuka

Pandangan atas: 6 Mesej pushbutton switch
Pandangan depan: Speed pushbutton dan potensiometer serta paddle input.
Pandangan belakang: Supply, AF/Mic dan Key/PTT input. AF dan Key lebih sesuai menggunakan RCA connector berbanding streo jack/socket.
Pandangan kit: KPCB board dan K12.
Pandangan dalam: Memerlukan ruang bagi memasukkan kesemua komponen.
Update:
Pemasangan K12 berjalan lancar. Bagi rakan yang ingin mendapatkan idea bagaimana untuk menyiapkan keyer ini beserta enclosure bolehlah merujuk kepada gambar diatas. Tempahan kit tidak termasuk pushbutton, enclosure/connector dan buzzer. Ini bagi external keyer atau juga dipanggil portable training CW oscillator :-). Jika disambung ke rig/handie ianya akan menjadi FM CW on air. Boleh digunakan untuk traning bersama rakan mahupun ragchewing mahupun dijadikan beacon untuk menguji pemancaran antenna anda!!
Untuk informasi rakan2 yang berminat untuk mendapatkan CW keyer K12 chip beserta dengan KPCB kit boleh emailkan saya kerana ianya very limited stock. Baru sahaja menerima penghantaran chip k12. Siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada;-)

Apakah dia K12? Sila dapatkan manual disini.

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .