20dB over 9 diterima semalam di Phuket Island bersama HS0ZIQ. QSL ni telah lama saya terima dan bila terdengar CQ John, saya terus mencapai beliau bagi menanyakan samada QSL card saya sudah diterima atau belum. Saya sangat meminati QSL poscard. QSL card saya juga adalah berbentuk poskad yang homebrew. Ini adalah bagi tujuan penjimatan :-) kerana kos penghantaran menggunakan envelop agak tinggi juga terutama bagi airmail ke oversea. QSL card jenis poskad juga agak menarik kerana disitu terlekat stem sekali dan sangat cantik bagi yang meminati stem :-). Apa yang saya kurang faham ialah adakah QSL poscard ini digalakkan? Mungkin ada yang berpendapat ianya privacy so tidak wajar untuk dibuat dalam bentuk poskad. Saya pun not very sure berkenaan ini. Apapun saya akan cuba design kad QSL saya semula dengan indesign dan hantar ke percetakan menggunakan kertas yang lebih tebal i.e 230gram untuk diperbanyakkan kerana kos untuk cetak dengan color laser printer agak tinggi juga.
Jumaat, 6 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jumlah pelawat
Provided by mba-online-program.com . |
0 ulasan:
Catat Ulasan