Ada rakan yang dah mencuba echo delay ni? Disini saya berikan update berkenaan litar tersebut. Ianya 100% berkerja seperti yang diharapkan. Terdapat 3 setting utama iaitu delay (jarak antara satu gema ke gema yang lain), Level (Untuk setting kekuatan echo/gema) dan repeat (bilangan ayunan/gema). Apa yang menariknya ialah litar ini audionya sangat bersih dan cuma ada sikit noise pada kadar delay yang tinggi. Cuma pastikan audio output dari preamp ECM adalah bersih juga. Ini kerana jika audio ada noise maka ia akan masuk sekali kedalam echo tersebut. Preamp diperlukan untuk litar ini untuk ianya berfungsi. Sambungan terus mic ke litar tidak akan menghasikan apa2 output. Rebotes2.5 out perlu diletakkan satu pemuat 0.01-0.1uF kerana audio akan sebu tampanya. Selain itu semuanya adalah perfect dan saiz litar cuma 2"X2" sahaja. Selamat mencuba pada rakan-rakan semua.
Jumaat, 28 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jumlah pelawat
Provided by mba-online-program.com . |
0 ulasan:
Catat Ulasan