Finger piece macam pemetik gitar punya je..HI ada gambar labah2 so harmonic takut nak usik...HI
Digandingkan dengan keyboard keyer
Dok sebelah TS480SAT...HI
Kegiatan 9W2IBR dalam dunia hobi radio amatur.
Kalau hendak membuat paddle secara homebrew memang sangat digalakkan. Cumanya jika hendak buatan itu berkualiti tentulah memerlukan bahan dan juga alatan spt mesin cnc dsb yang mampu menghasilkan paddle yang berkualiti serta tahan lama. Kalau ada rakan yang mempunyai informasi bagi mendapatkan kit untuk paddle yang termurah dan berkualiti bolehlah infokan disini. Disini saya ingin memberikan info berkaitan paddle scqrpion kit oleh W5JH. Sesuai untuk sebagai backpacker qrp. Kalau tengok harganya agak berpatutan. Sesiapa yang ada menggunakannya bolehlah menginfokan disini. Ianya diperbuat dari brass tapi jika dilihat mungkin tiada bearing digunakan tapi mungkin hanya menggunakan teflon bushing. Paddle return pula hanya menggunakan spring dan tidak kelihatan ianya boleh di adjustable. Harganya pula bermula dari USD33 untuk original (saiz kecil) dan USD36 untuk bigfoot widebase model termasuk penghantaran. Rasanya ini sesuai untuk para beginner yang baru nak pegang2 paddle dan tentulah tak setanding seperti begali magnetic traveller light yang harganya mencecah riban..:-)
Ni email yang baru sahaja saya terima dari Acratech.
Hi,
I am sorry, but we do not have any more CW paddles. There is just not enough interest to make more.
Best regards,
Scott
Bolehlah didownload dan dibuat sebagai handbook setelah dicetak untuk rujukan dari masa kesemasa.
Kali ini saya ingin memberikan review berkenaan kit ini. Pemasangannya cukup mudah kerana semua perkara dijelaskan didalam manual (perlu didownload). Kit ini berupaya utk menghantar CW dari 5wpm sehingga 99wpm. Paddle key adalah optional dan keyboard juga boleh dimapkan menjadi dit dan dah key. Semua setting hanya dilakukan dengan menekan keyboard. Semua jenis keyboard boleh digunakan kecuali jenis AT. Saya sangat mengesyorkan alat ini pada rakan-rakan kenana dengan kit ini kita cuma perlukan keyboard sahaja so tak perlu membeli paddle terutamanya untuk belajar CW. Tidak lupa juga ada CW practice mode (read dan echo) dan beacon function. Sambungan ke rig/handie juga sangat mudah kerana ianya dilengkapi dengan output PTT dan AF. Kit berharga USD34 boleh didapati di laman web http://www.k1el.com/. Lepas ni mungkin boleh belajar CW dengan rakan2 di 2m secara on air.
Provided by mba-online-program.com . |