Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Khamis, 18 Disember 2008

Voice keyer yang save budget...


Voice memory/keyer adalah untuk beacon suara kita secara automatik. Agak letih juga memanggil CQ terutama di 10m band yang orang jarang ada.:-(. So bagi TS480SAT, peralatan yang diperlukan adalah optional VGS-1 voice storage board yang harganya tidak begitu nak murah. So cara yang mudah ialah menggunakan mp3 player yang ada dipasaran. Caranya cuma:


  1. Record suara kita spt CQ DX 9w2ibr dan beri pause 10 saat pada rakaman sebelum stop record. Ini untuk memberi ruang bagi contact masuk nanti.

  2. Connect stereo jack mp3 player pada DATA input (pin 1 utk kenwood) atau mic input HF rigs.

  3. On vox data input menu 60 pada TS480

  4. Adjust data input gain

  5. Tekan vox button pada rig

  6. Play rakaman kita di mp3 player

  7. rig akan automatik transmit bila ada audio masuk dan akan release PTT jika tiada audio. Pastikan rakaman kita tu diletakkan 'repeate' function.
So sambil CQ DX kita boleh buat keja lain seperti minum kopi dan makan kek pisang dan jika ada station dx masuk, just release vox dan guna ptt mic dan teruskan QSO seperti biasa. Selamat mencuba....

0 ulasan:

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .