Walaupun kedengaran beberapa stesen VK di 10m tapi begitu payah sekali nak mencapainya. Kekadang audio dan signal cukup kuat tapi bila call rakan disebelah sana tidak dapat mendengar. Membuatkan kegeraman. Dengan itu, saya cuba membuat 3 elements yagi berdasarkan dari design oleh OZ2OE (menggunakan gamma match) tetapi diagram ni saya pinjam dari wak Sugeng 9W2NTO yang diperolehi dari 9W2OCB Pak Rosli. Menggunakan 2 set VHF highband TV antenna sebagai boom dan element. Yagi ini cukup panjang dan agak melentur kerana saiz element yang sama besar. Tapi ianya agak ringan. Masih tiada rotator maka kenalah menggunakan rotangan. SWR tidak begitu cantik dan perlukan auto tuner untuk yagi ini. So far masih belum berjaya dx lagi kerana petang tadi baru siap. Contact pertama yang dapat ialah 9W2NTo dan 9W2VVH.
Rabu, 24 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jumlah pelawat
Provided by mba-online-program.com . |
0 ulasan:
Catat Ulasan