Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Jumaat, 26 Disember 2008

Prosess mengkhatan TS480







Alhamdulillah, process mengkhatankan TS480 telah berjaya. Lupa nak bawak henpon so tak dpt nak bubuh gambar process ini. So sekarang Ts480 boleh transmit dimana-mana frequency dari 1.7-30Mhz serta di 50Mhz/6 meter. Apapun process ini agak mencabar kerana perlu mencabut SMD resistor. Lepas ni boleh tx di CB bila takde dx station di 10m.

3el monoband Yagi performance.

So far audio lebih kuat kedengaran menggunakan yagi berbanding G5RV. Ada audio dari yagi tetapi tidak kedengaran di G5RV. Dengan berpandukan GPS yagi terus ditala ke lokasi negara yang dikehendaki. 25/12 dapat 2 station dari HongKong dan Reunion Island iaitu VR2CB dan FR1AN. Hari ini cuma dapat satu je station iaitu 9W6SUE. Pada semua rakan yang pernah QSO, c u agn...

Rabu, 24 Disember 2008

3 el 10m yagi




Walaupun kedengaran beberapa stesen VK di 10m tapi begitu payah sekali nak mencapainya. Kekadang audio dan signal cukup kuat tapi bila call rakan disebelah sana tidak dapat mendengar. Membuatkan kegeraman. Dengan itu, saya cuba membuat 3 elements yagi berdasarkan dari design oleh OZ2OE (menggunakan gamma match) tetapi diagram ni saya pinjam dari wak Sugeng 9W2NTO yang diperolehi dari 9W2OCB Pak Rosli. Menggunakan 2 set VHF highband TV antenna sebagai boom dan element. Yagi ini cukup panjang dan agak melentur kerana saiz element yang sama besar. Tapi ianya agak ringan. Masih tiada rotator maka kenalah menggunakan rotangan. SWR tidak begitu cantik dan perlukan auto tuner untuk yagi ini. So far masih belum berjaya dx lagi kerana petang tadi baru siap. Contact pertama yang dapat ialah 9W2NTo dan 9W2VVH.

Khamis, 18 Disember 2008

Voice keyer yang save budget...


Voice memory/keyer adalah untuk beacon suara kita secara automatik. Agak letih juga memanggil CQ terutama di 10m band yang orang jarang ada.:-(. So bagi TS480SAT, peralatan yang diperlukan adalah optional VGS-1 voice storage board yang harganya tidak begitu nak murah. So cara yang mudah ialah menggunakan mp3 player yang ada dipasaran. Caranya cuma:


  1. Record suara kita spt CQ DX 9w2ibr dan beri pause 10 saat pada rakaman sebelum stop record. Ini untuk memberi ruang bagi contact masuk nanti.

  2. Connect stereo jack mp3 player pada DATA input (pin 1 utk kenwood) atau mic input HF rigs.

  3. On vox data input menu 60 pada TS480

  4. Adjust data input gain

  5. Tekan vox button pada rig

  6. Play rakaman kita di mp3 player

  7. rig akan automatik transmit bila ada audio masuk dan akan release PTT jika tiada audio. Pastikan rakaman kita tu diletakkan 'repeate' function.
So sambil CQ DX kita boleh buat keja lain seperti minum kopi dan makan kek pisang dan jika ada station dx masuk, just release vox dan guna ptt mic dan teruskan QSO seperti biasa. Selamat mencuba....

Redesign my QSL card

Redesign semula QSL yang lama sebab dah hilang template psdnya. So sesiapa yang ingin memperolehi QSL card dari saya silalah QSO dengan saya dulu..hi hi. Sesiapa yang pernah QSO dgn saya, nantikan QSL card saya direct to your mailbox.

Selasa, 16 Disember 2008

13-14 Dis 10m Contest

Tak tau kenapa contest 10m agak hambar dengan kurangnya dx station yang mengambil bahagian. Adakah 10m merupakan frequensi anak tiri sahaja?

Isnin, 15 Disember 2008

Paddle 30 minit only










Ingredient: PCB board (double layer lagi baik), skru, timah solder dan wayar. Peralatan: PCB cutter, mini grinder, soldering iron.


Kejap je nak buat paddle ni. Design terpulang pada diri sendiri. Nak besar ke nak kecik ikut citarasa. Yang penting 3 zone hendaklah tidak bersambung iaitu dah, dit dan ground zone. Ianya agak konsisten tapi dalam 10-13 wpm adalah kelajuan yang selamat. Selamat mencuba.







Kisah sedih disebalik Kent Engineer paddle..branded lagi besh


Paddle ni agak mahal juga. Disebabkan mahal, so terpaksa beli dalam bentuk kit. Sebenarnya paddle ini ada seorang rakan/hamba Allah yang minta saya belikan. Tetapi malangnya setelah barang tiba, beliau mempunya masalah yang bertimpa2 dan tak dapat membayar kos paddle ini. Setelah hampir 7 bulan berlalu, paddle ini masih tidak diambil dan setiap bulan beliau berjanji untuk ambik bulan seterusnya. Sekarang ni beliau terus senyap menyepi tanpa berita. Dengan berat hati dan keterpaksaan saya ambik kent paddle ini dan pasang paddle tu walaupun sebenarnya saya dah ada black widow paddle W5JH (For sell utk sesiapa yang berminat) . So nampaknya saya terpaksa jual Black Widow tu pagi menampung kos kent paddle ini. Kent paddle ini dibuat dari solid brass dan tapaknya dari steel. Agak berat juga dan very solid. Yang bagusnya ianya sangat konsisten. Made in germany. Akhir kata, jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Bukan apa mungkin sesama rakan radio tapi mengambil kesempatan ketas orang lain bak kata pepatah "walaupun antenna sama panjang tapi tx power lain2".

Pengujian satellit TV



Lokasi adalah dirahsiakan :-). Pengujian satelit untuk mendapatkan signal/transmisi DVB ataupun tv satelit. Hampir 5 jam mencari kedudukan berhujan dan berpanas barulah terjumpa satu iaitu PALAPA C2 satelit. Dengan itu, dapatlah menonton rancangan Abdel dan Temon hi hi.


smallwonderlabs Rockmite 40m

Sudah siap punya

Rockmite board

Tahukah anda dengan bermodalkan lebih kurang RM100 kita boleh mendapatkan HF transiever.. walaopun ianya monobander iaitu pada 40 meter (7.040mhz) tapi kemampuan QRP ini boleh menjangkau DX station. Rockmite saya tu cuma buat experiment je dan hasilnya cukup memberangsangkan cuma ianya tx pada 7.028 dan mempunyai shift 700hz. Masih belum ada kebenaran untuk pegi ke 40m. Tapi sebagai persediaan awal bolehlah melengkapinya dengan QRP kit yang paling murah ini dulu. Harus diingat QRP ini tiada VFO tetapi yang menariknya ianya dilengkapi dengan electronic keyer terbina didalam. Kuasa pemancaran .5-1Watt sahaja.

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .