Isnin, 5 Januari 2009
Jumaat, 2 Januari 2009
40ft high yagi
5 el 2m beam
Jumaat, 26 Disember 2008
Prosess mengkhatan TS480


Alhamdulillah, process mengkhatankan TS480 telah berjaya. Lupa nak bawak henpon so tak dpt nak bubuh gambar process ini. So sekarang Ts480 boleh transmit dimana-mana frequency dari 1.7-30Mhz serta di 50Mhz/6 meter. Apapun process ini agak mencabar kerana perlu mencabut SMD resistor. Lepas ni boleh tx di CB bila takde dx station di 10m.
3el monoband Yagi performance.
So far audio lebih kuat kedengaran menggunakan yagi berbanding G5RV. Ada audio dari yagi tetapi tidak kedengaran di G5RV. Dengan berpandukan GPS yagi terus ditala ke lokasi negara yang dikehendaki. 25/12 dapat 2 station dari HongKong dan Reunion Island iaitu VR2CB dan FR1AN. Hari ini cuma dapat satu je station iaitu 9W6SUE. Pada semua rakan yang pernah QSO, c u agn...
Rabu, 24 Disember 2008
3 el 10m yagi


Walaupun kedengaran beberapa stesen VK di 10m tapi begitu payah sekali nak mencapainya. Kekadang audio dan signal cukup kuat tapi bila call rakan disebelah sana tidak dapat mendengar. Membuatkan kegeraman. Dengan itu, saya cuba membuat 3 elements yagi berdasarkan dari design oleh OZ2OE (menggunakan gamma match) tetapi diagram ni saya pinjam dari wak Sugeng 9W2NTO yang diperolehi dari 9W2OCB Pak Rosli. Menggunakan 2 set VHF highband TV antenna sebagai boom dan element. Yagi ini cukup panjang dan agak melentur kerana saiz element yang sama besar. Tapi ianya agak ringan. Masih tiada rotator maka kenalah menggunakan rotangan. SWR tidak begitu cantik dan perlukan auto tuner untuk yagi ini. So far masih belum berjaya dx lagi kerana petang tadi baru siap. Contact pertama yang dapat ialah 9W2NTo dan 9W2VVH.
Khamis, 18 Disember 2008
Voice keyer yang save budget...
Voice memory/keyer adalah untuk beacon suara kita secara automatik. Agak letih juga memanggil CQ terutama di 10m band yang orang jarang ada.:-(. So bagi TS480SAT, peralatan yang diperlukan adalah optional VGS-1 voice storage board yang harganya tidak begitu nak murah. So cara yang mudah ialah menggunakan mp3 player yang ada dipasaran. Caranya cuma:- Record suara kita spt CQ DX 9w2ibr dan beri pause 10 saat pada rakaman sebelum stop record. Ini untuk memberi ruang bagi contact masuk nanti.
- Connect stereo jack mp3 player pada DATA input (pin 1 utk kenwood) atau mic input HF rigs.
- On vox data input menu 60 pada TS480
- Adjust data input gain
- Tekan vox button pada rig
- Play rakaman kita di mp3 player
- rig akan automatik transmit bila ada audio masuk dan akan release PTT jika tiada audio. Pastikan rakaman kita tu diletakkan 'repeate' function.
Langgan:
Catatan (Atom)
Jumlah pelawat
| Provided by mba-online-program.com . |






