Isnin, 15 Disember 2008
smallwonderlabs Rockmite 40m
Sudah siap punyaTahukah anda dengan bermodalkan lebih kurang RM100 kita boleh mendapatkan HF transiever.. walaopun ianya monobander iaitu pada 40 meter (7.040mhz) tapi kemampuan QRP ini boleh menjangkau DX station. Rockmite saya tu cuma buat experiment je dan hasilnya cukup memberangsangkan cuma ianya tx pada 7.028 dan mempunyai shift 700hz. Masih belum ada kebenaran untuk pegi ke 40m. Tapi sebagai persediaan awal bolehlah melengkapinya dengan QRP kit yang paling murah ini dulu. Harus diingat QRP ini tiada VFO tetapi yang menariknya ianya dilengkapi dengan electronic keyer terbina didalam. Kuasa pemancaran .5-1Watt sahaja.
Jumaat, 14 November 2008
Khamis, 23 Oktober 2008
Trackloging dan mapping guna GPS
GPS ni bukan sahaja satu kemudahan tapi bahkan boleh menjadikan hobi juga. Apa tidaknya, selain bersiar-siar di satu kawasan yang belum pernah kita pergi dengan menggunakan gps, kita boleh membuat track/jejak disitu dan seterusnya uploadkan jejak tersebut ke laman web malsing atau malfreemaps untuk dipetakan. Membuat peta sebenarnya tidak susah. Peralatan yang perlu ada adalah seperti GPSr device dan perisian-perisian.
Mari kita membincangkan dahulu peralatan dalam penghasilan track. Peralatan yang cantik adalah jenis handheld mapping gps. Contohnya spt garmin 60csx, vista HCX.
Mari kita membincangkan dahulu peralatan dalam penghasilan track. Peralatan yang cantik adalah jenis handheld mapping gps. Contohnya spt garmin 60csx, vista HCX.
Sabtu, 13 September 2008
Isnin, 8 September 2008
Sabtu, 6 September 2008
Apakah ini?
Saya tertarik dengan hell mode di HF. Saya terfikir bagaimana dari frequensi bunyi boleh diubah menjadi maklumat. Kemudian saya terfikir pula berkenaan kod bar yang boleh dikatakan ianya boleh dilihat dimana-mana. Apa yang ingin saya ketengahkan ini mungkin juga ada kena-mengena dengan radio ham tapi tahukah anda bahawa gambar diatas merupakan sejenis bar kod 2 dimensi. Didalam kod ini tersembunyi pelbagai maklumat. Bukan sahaja nombor bahkan alphanumeric dan bit juga boleh dimasukkan ke dalam bar kod ini. Bar kod jenis ini dipanggil sebagai QR code atau Quick Response kerana decodingnya amat pantas sekali. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan QR code boleh layari wiki http://en.wikipedia.org/wiki/QR_Code.Bagaimana untuk decode QRcode? Mudah sahaja...anda cuma memerlukan telefon bimbit berkamera. QRcode akan didecode sejurus lens dapat melihat code ini.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan software decoding? Ada pelbagai software untuk QRcode ini. Antaranya ialah quickmark dan i-nigma. Quickmark adalah yang termudah setelah saya guna di WM6.1. So tak mustahil suatu hari nanti aplikasi QRcode ini akan meluas. Gambar diatas tu sebenarnyanya adalah namecard saya. So sesiapa yang berminat boleh decode dan save ke phone anda.
Bagi mengetahui lebih mendalam sila ke laman web ini.
http://www.quickmark.com.tw/En/basic/index.asp
Langgan:
Catatan (Atom)
Jumlah pelawat
| Provided by mba-online-program.com . |




