Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Khamis, 20 September 2007

Perginya harmonicku buat selama2nya...

Terima kasih atas ucapan dan motivasi dorongan rakan2 kepada saya dan xyl. Untuk informasi rakan, x-harmonic saya telah dipercayai pergi buat selama2nya pada isnin lalu apabila ultrasound dijalankan setelah tiada pergerakan 1-2 hari sebelum tu. Klinik kuala selangor mengarahkan kami pergi ke hospital tg karang dan telah diconfirmkan bayi tersebut telah tiada lagi.

Setelah berbincang dengan doktor dari hospital tg karang dan klang, beliau mencadangkan induce dijalankan. Sehingga ke saat ini kami masih menunggu bayi tersebut dapat dikeluarkan dan disempurnakan jenazahnya. Untuk info, x-harmonic ini adalah yang ketiga dan berusia 27 minggu di dalam kandungan ibunya. Harapan cuma xyl dpt melahirkan bayi tersebut dalam masa yang terdekat.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas ucapan2 dari rakan2 samada melalui handphone mahupun sms yang saya tidak dapat membalas kesemuanya. Terima kasih juga rakan yang sudi datang melawat saya di hospital antaranya sb,mz, mz1, fs, dan bmb. Terima kasih juga kepada 'badak sumbu berendam' yang menemani saya di radio semasa menunggu xyl di hospital. Jasa baik kalian tidak dapat saya lupakan. Sebarang info nanti saya akan infokan diyahoogroup mahupun dijalur jika ada kelapangan. Saya juga mengucapkan tahniah pd oc, py dan jt kerana telah di anugerahkan sc2. Semoga scs sentiasa ceria walau apa dugaan sekalipun.

73 de sc3ib aka 9w2ibr

Sabtu, 15 September 2007

Eyeball tunjang Bistro Kuala Selangor

Eyeball tunjang bistro dihadiri oleh sc3bmd, bmx, bme, bmb, bmo, bmr dan wak. Saja sembang2 di malam hari. Start jam 12AM sampai 0230. Dapat berkongsi-kongsi idea dgn rakan berkenaan radio.

Ahad, 9 September 2007

4X4 jalan Kebun 50 thn kemerdekaan

Pertandingan 4X4 Jalan Kebun yang sangat meriah dihadiri oleh ramai rakan scs. Walaupun cuaca agak panas tapi kemeriahannya sangat mengujakan. Seramai 23 peserta hardcore 4X4 telah bertanding. SCS juga turut mengambil bahagian. Untuk gambar penuh, silalah berkunjung ke http://picasaweb.google.com/brahym/JalanKebun4X4Challenge.

Sekian terima kasih.

Khamis, 26 Julai 2007

SCS Selai 4X4 trip

Rakan dari SCS communication and sport akan menganjurkan siri konvoi 4X4 ke Selai Johor yang bertemakan "memburu Kelah". Selamat jalan kepada semua rakan yang akan mengikuti konvoi ini. Nampaknya tak dpt nak ikut rakan2 semua sebab kena balik ke kampung. Apapun semoga misi rakan2 tercapai...cheriooo

Isnin, 23 Julai 2007

Eyeball Sri Kassim

Supermini eyeball bersama SC3BMQ dan SC3BMG. Tanggo2 ni sesaja berbincang dan mencuri pengalaman rakan dalam 4X4.

Selasa, 17 Julai 2007

Rae Result 2007 -1

TAHNIAH diucapkan kepada seluruh warga SCS Communication & Sport yang berjaya serta kepada peminat radio amatur yang telah LULUS dalam peperiksaan RAE yang lalu. Kepada yang gagal, jangan berputus asa, teruskan usaha, berdoa dan bertawakal.

Seramai 32 orang dari 37 ahli keluarga SCS yang menduduki peperiksaan RAE telah lulus. TAHNIAH dari seluruh ahli keluarga SCS. Kepada yang gagal, jangan berputus asa. Peratus kelulusan adalah 86%

Dipetik dari laman web scs

Keputusan boleh diperolehi di laman web cmc atau disini:
http://www.mcmc.gov.my/ViewWhatIsNew.asp?cc=20580692&winrid=87525577

Ahad, 15 Julai 2007

Kelas membuat antenna


SCS Communication & Sport 4x4 Adventure Team telah menganjurkan satu aktiviti Membuat Antena pada 15 Julai 2007, di Balai Raya Kinrara. Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada ahli keluarga SCS cara-cara membuat antena dengan menggunakan modal yang rendah. Seramai 20 ahli bersama XYL menyertai bengkel ini. Antenna yang telah dihasilkan ialah Colinear cooper, 300ohms J Pole dan 1/4 wave mobile whip antenna.

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .