Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Isnin, 18 Mei 2009

Self portrait

Bercerita mengenai DSLR, mungkin ramai yang meminatinya. Kalau dahulu film SLR hanya mampu dimiliki oleh golongan elit sahaja (betul ke ni) tapi kini dslr mampu dimiliki oleh semua orang. SLR camera menggunakan filem ni tak mahal tapi nak membeli consumable macam bateri, filem dan develop gambar tu yang kos agak tinggi. Tetapi DSLR telah mengubah persepsi ini. Pengguna boleh mengambil shot tanpa memikirkan kos yg tinggi kerana semua gambar disimpan dalam memori dan bateri pula boleh dicas semula. Pendek kata semunya boleh direcycle. Akibat dari itu, pengguna lebih kepada 'shoot and think later' dari 'think first then shoot'. Kalau gambar tak jadi, terus delete dan compose semula. Ianya memudahkan tapi hasil seninya tidak seperti pengguna SLR yang mana sebelum menekan butang shutter, fikir dulu dan dah yakin barulah tekan.
Kalau dilihat teknologi dslr ni terus berkembang pesat. Saingan terkuat adalah nikon dan canon. Walaubagaimanapun, sony, pentax dan olympus mengiringi arus semasa. Kalau dulu sememangnya canon agak mendahului dari segi pengawalan noise pada ISO yang tinggi tapi sekarang Nikon mampu menandingi Canon.

0 ulasan:

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .