Malaysia Ham Radio Calendar

You're invited to join this public calendar.

Khamis, 20 September 2007

Perginya harmonicku buat selama2nya...

Terima kasih atas ucapan dan motivasi dorongan rakan2 kepada saya dan xyl. Untuk informasi rakan, x-harmonic saya telah dipercayai pergi buat selama2nya pada isnin lalu apabila ultrasound dijalankan setelah tiada pergerakan 1-2 hari sebelum tu. Klinik kuala selangor mengarahkan kami pergi ke hospital tg karang dan telah diconfirmkan bayi tersebut telah tiada lagi.

Setelah berbincang dengan doktor dari hospital tg karang dan klang, beliau mencadangkan induce dijalankan. Sehingga ke saat ini kami masih menunggu bayi tersebut dapat dikeluarkan dan disempurnakan jenazahnya. Untuk info, x-harmonic ini adalah yang ketiga dan berusia 27 minggu di dalam kandungan ibunya. Harapan cuma xyl dpt melahirkan bayi tersebut dalam masa yang terdekat.

Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih atas ucapan2 dari rakan2 samada melalui handphone mahupun sms yang saya tidak dapat membalas kesemuanya. Terima kasih juga rakan yang sudi datang melawat saya di hospital antaranya sb,mz, mz1, fs, dan bmb. Terima kasih juga kepada 'badak sumbu berendam' yang menemani saya di radio semasa menunggu xyl di hospital. Jasa baik kalian tidak dapat saya lupakan. Sebarang info nanti saya akan infokan diyahoogroup mahupun dijalur jika ada kelapangan. Saya juga mengucapkan tahniah pd oc, py dan jt kerana telah di anugerahkan sc2. Semoga scs sentiasa ceria walau apa dugaan sekalipun.

73 de sc3ib aka 9w2ibr

0 ulasan:

Jumlah pelawat

online mba programs
Provided by mba-online-program.com .